Saturday, September 26, 2009

Sebab-sebab Pencemaran Air di Negara Kita

Mengapa sumber air semakin hari semakin tercemar?Pencemaran air berlaku disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab semasa menguruskan alam dan penghuninya. Manusia ini tidak peka terhadp kepentingan menjaga kualiti air dan sikap inilah yang menyebabkan air di sungai dan di laut bertukar wajar. Selagi masyarakat bersikap"membaling batu sembunyi tangan",maka selagi itulah masalah pembuangan sampah ke dalam sunga, serta penebangan hutan bakau secara tidak terkawal yang sudah lama berlarutan tidak akan selesai.

Antara sebab berlaku pencemaran air di negara kita ialah pembuangan sisa sampah oleh penduduk kawasan perumahan ke dalam sungai atua laut. Mereka lebih suka mencampakkan sampah ke dalam sumber air tanpa memikirkan kesannya terhadap hidupan akuatik dalam sumber air tersebut. Akibatnya, sungai kita berbau busuk, kotor dan dipenuhi sampah sarap.

Sebab lain pencemaran air di negara kita ialah akibat aktiviti pembalakan. Aktivit pembalakan yang dijalankan secara besar-besaran tanpa perancangan yang berhikmat telah menyebabkan hutan menjadi tandus. Keadaan tandus ini mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat selepas hujan lebat. Akibatnya, air sungai tercemar dan menjadi kerup. Pencemaran air sungai paling ketara apabila aktiviti pembalakan dijalankan untuk tujuan pembinaanlebuh raya, kawasan perumahan, dan zon perindustrian.

Pencemaran air berlaku apabila segelintir pengusaha kilang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar. Mereka mencampakkan sisa-sisa toksik dan sisa radioaktif yang berbahaya ke dalam sungai dan laut hanya semata-mata untuk menjimatkan kos pelupusan bahan berkenaan. Bahan sisa toksik dan sisa radioaktif ini sememangnya mengancam kesihatan manusia dan juga menjejaskan kehidupan akuatik.

Pencemaran air juga disebabkan oleh tumpahan minyak atau tumpahan sisa toksik apbila berlakunya pelanggaran kapal di kawasan laut seperti Selat Melaka dan di Selat Tebrau. Akibatnya hidupan akuatik terjejas dan air laut bertukara warna dan wajah.

Kesimpulannya, manusia harus sentiasa ingat bahawa air yang berkualiti penting untuk semua hidupan di bumi ini.

1 comment:

  1. Karangan yang boleh dikatakan baik dari aspek pengolahan, cuma huraian perlu lebih bernas lagi. Terdapat beberapa kesilapan ejaan dan menaip. Sila beri perhatian. Adakah gaya penulisan ini yang asli? ada membuat rujukan?

    ReplyDelete