Saturday, September 26, 2009

Usaha-usaha Untuk Membendung Gejala Lepak

Dewasa ini, terdapat satu gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan khususny dalam kalangan remaja. Gejala yang dimaksudkan ialah budaya lepak. Golongan remaja kita didapati suka berfoya-foya di pusat beli-belah, pusat permainan video dan kafe siber.Fenomena ini, menjadi kian meruncing dan sering menjadi perbualan setiap anggota masyarakat. Perkara ini sering diperdebatkan oleh orang ramai memandangkan gejala ini akan membantutkan usaha kerajaan untuk merealisasi Wawasan 2020.

Masalah ini kian diberi perhatian apabila ramai golongan remaja melepak di pusat beli-belah , tepi jalan, kaki lima, dan pusat hiburan. Keadaan ini menjadi kudis kepada negara. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasinya. Usaha menyediakan pusat khidmat kaunseling di kompleks beli-belah dan di tempat-tempat awam amat baik untuk membantu remaja bermasalah. Begitu juga dengan institusi tertentu seperti pusat giat, pusat latihan belia, pusat usahawan dan institusi pendidikan lain yang dapat memberikan didikan kemahiran kepada pelajar yang suka membazirkan masa. Sekolah juga perlu memainkan peranan dengan memberi perdedahan akn pentingnya memanfaatkan masa muda.

Oleh sebab ibu bapa yang bekerja menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah, maka Kementerian Pelajaran perlu merombak sukatan kokurikulum dengan merangka aktiviti yang lebih mencabar kepada pelajar. Setiap pelajar dipastikan melibatkan diri dalam aktiviti luar bilik darjah seperti berpersatuan, bersukan, dan menyertai kelab akan memenuhi masa senggang mereka. Di samping itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam sehari untuk mendampingi anak-anak mereka.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang secukupnya supaya anak-anakmalu untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Paling penting, didkan agama yang cukup membentuk peribadi remaja menjadi manusia yang berakhlak dan berwibawa selaras dengan wawasan kerajaan untuk membentuk rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kreatif, aktif dan inovatif.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bersatu hati dan bekerjasama untuk membendung gejala lepak dalam kalangan remaja.

No comments:

Post a Comment