Saturday, September 26, 2009

Gejala Sosial Dalam Masyarakat Kita

Belakangan ini, gejala sosial dalam masyarakat kita dilaporkan meningkat secara mendadak. Ada pendapat yang mengatakan kerapuhan institusi kekeluargaan telah menyebabkan gejala sosial semakin hari semakin serius. Adakan benar institusi kekeluargaan yang kukuh dapat membendung pelbagai gejala sosial dalam masyarakat kita?

Sebenarnya, pernyataan ini ada kebenarnya. Institusi kekeluargaan yang kukuh dapat mengurangkan kadar perceriaan pasangan suami isteri dan tragedi daalm keluarga. Untuk memastikan konsep institusi kekeluargaan difahami dan dihayati oleh sepasang suami isteri, pasangan yang baru mula mendirikan rumah tangga patut diwajibkan menghadiri kursus kekeluargaan dan kursus keibubapaan. Kursus ini dapat menyedarkan mereka tentang tanggungjawab maisng-masing dalam keluarga dan pentingnya saling menghormati dalam keluarga. Justeru, konsep institusi kekeluargaan terus kukuh dan wujudlah keluarga bahagia agar keganasan rumah tangga dan tragedi dalam kekuarga dapat dikurangkan.

Selan itu, institusi kekeluargaan yang kukuh dapat membendung gejala sosial yang tidak bermoral seperti kes sumbang mahram, pembuangan bayi, pergaulan bebas. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai moral dan nilai murnidalam jiwa anak mereka. Ibu bapa perlu menerang, mengingatkan, dan menasihatkan nak mereka supaya mengamalkan tingkat laku yang sopan sederhana mengikut normal masyarakat.

Sejajar dengan itu, pengukuhan institusi kekeluargaan dapat mengurangkan kes jenayah sosial dalam kalangan remaja. Ibu bapa perlu mengutamakan keluarganya daripada segala- galanya termasuk kerjayanya dan aktiviti sosialnya. Ibu bapa sebagai ketua keluarga patut prihatin dan memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak remajanya. Ibu bapa perlu ada komunikasi berkesan dengan anak mereka.Apabila wujudnya suasana mesra dalam keluarga, anak remaja ini tidak mudah terlibat dalam gejala sosial seperti gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah dan penyalahgunaan dadah.

Kesimpulannya, utamalah kelurga kita agar dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan penyayang.

No comments:

Post a Comment