Dewasa ini, media massa sering melapokan kes jenayah seperti peras, ragut, kecurian,dan pembunuhan. Kes ragut di Malaysia semakin serius pada masa kini. Hal ini menunjukkan keamanan dan keharmonian hidup kita semakin terhakis.Sesungguhnya, gejala ini sudah sampai tahap yang seolah-olah tiada penghujung. Fenomena ini menjadi menruncing dan sering meniti di bibir masyarakat. Masalah sosial ini juga seumpama"bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dngan nyiru".
Pihak polis telah mengorak pelbagai langkah yang proaktif tetapi berlaku kes ragut terus meningkat. Hal ini boleh menunjukkan masalah ini sukar selesai, seperti "angin berputar, ombak bersabung". Tindakan-tindakan yang efisien untuk memerangi gejala ini ialah, setiap daripada kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu persilatan dan cara mengatasi kes yang berlaku di depan mata. Contohnya , taekwando,karate, bersilat.Oleh itu, keselamatan kita akan lebih terjamin.
Di samping itu, masyarakat perlu memasang telinga terhadap kawasan yang sering berlakunya kes ragut seperti di tempat sunyi pada malam pekat. Selain di tempat sunyi, kadang-kadang ini juga berlaku di tempat yang ramai orang, seperti di pasar malam, pusat beli-belah dan sebagainya. Mereka akan mengambil kesempatan untuk meragut beg wanita dan orang tua di tempat sunyi dan perjalanan ka rumah.Oleh itu, semasa kita ke man-mana sahaja, kita tidak boleh membawa wang yang terlebih untuk membeli barang.Selain itu, kita harus elakkan sendiri berjalan di tempat sunyi dan juga boleh mencari sekumpulan kawan sebagai teman kita.
Ekoran daripada itu, sebagai ibu bapa yang bertanggaungjawab dan suri teladan hendaklah mengawasi pergerakan anak dan sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak. Pengetahuan remaja kini tentang nilai dan moral juga setipis kulit bawang. Oleh iut, ibu bapa bukan sahaja harus menyuntikkan nilai-nilai dalam sanubari anak-anak. Sebagai ketua dalam keluarga, ibu bapa harus mendidik anaknya masih kecil seperti bak kata pepatah"melentur aur biarlah dari rebungnya". Sejajar dengan itu, ibu bapa jaga harus mengawsi rakan anak-anak mereka kerana memberikan kebebasan yang berterlaluan kepada mereka dan kemungkinan antara rakan mereka berlatar belakang negatif. Rakan yang negatif akan mempengaruhi tingkah laku anak-anak mereka seperti meragut.
Selanjutnya, media massa juga memainkan peranan penting untuk membendung kes ragut di Malaysia. Melalui media massa seperti radio, televisyen, surat khabar dan internet, usaha-usaha untuk membendung kes ragut dan kesan terhadap orang yang melakukan jenayah dapat dihebahkan. Oleh itu, melalui media massa boleh menggerunkan mereka dan juga memberi peluang kepada mereka untuk mengubah tingkah laku mereka.
Sebagai konklusinya,semjua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk membanteras masalah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment