Friday, September 25, 2009

Isu Pencemaran Alam

Masalah pencemaran merupakan satu perkara lumrah dan telah kerap diperkatakan dan diperbincangkan. Namum penyakit kronik ini tidak menampakkan tanda-tanda akan sembuh. Namum begitu, kehairanan ini tidak pula disertakan dengan usaha-usaha penjagaan dan pemulihara terhadap alam.

Penggunaan kenderaan bermotor merupakan punca utama menyebabkan pencemaran udara, contohnya kereta, lori, kapal dan kapal terbang. Kenderaan-kenderaan tersebut membebaskan gas dan bahan-bahan pencemar ke udara semasa pembakaran minyak diesel atau petrol.Gas-gas beracun yang lain juga dikeluarkan oleh kenderaan terutama karbon monoksika,sulfur dioksida dan nitrogen dioksida.Kegiatan pembakaran yang berleluasa juga menimbulkan pencemaran alam.Pelupusan sampah sarap mengikut kaedah pembakaran terbuka di tanah lapang menghasilkan asap tebal dan gas beracun.Bahan buangan itu mengandungi bahan-bahan kimia dan berbahaya.

Antara kesan buruk pencemaran alam ialah menjejaskan industri pelancongan negara.Setelah jerebu melanda negara kita termasuk Kuala Lumpur, kebanyakan pelancong asing membatalkan rancangan lawatan ke Malaysia.Selain itu, kebanyakan industri tempatan yang utama turut mengalami kerugian.Ini termasuklah industri penerbangan, perhotelan, kraftangan ,dan kegiatan-kegiatan ekonomi dalam negara.Kegiatan-kegiatan ekonomi seperti perikanan, penerbangan, dan pengangkutan telah terjejas. Pendapatan rakyat yang terbabit dalam aktiviti-aktiviti ekonomi tersebut turut menghadapi masalah.

Pelbagai usaha wajib diambil oleh rakyat dan kerajaan bagi membendung kadar pencemaran alam di negara kita. "Bapa borek, anak rintik" ibu bapa memainkan peranan penting memupuk semangat cinta akan alam sekitar sejak kecil lagi. Amalan ibu bapa akan diikut jejak oleh anak-anak seperti yang dikatakan dalam pepatah "bagaimana acuan, begitulah kuihnya ". Selain itu, ibu bapa harus memupukkkan dan memberi komiten terhadap penjagaan dan pemulihara alam sekitar. Semasa kegiatan gotong-royong dijalankan, ibu bapa boleh mengambil bahagian dan
kerjasama dengan anaknya untuk menceriakan alam.

Di samping itu, kerajaan juga perlu menyumbang bagi menyemai kepentingan penjagaan dan permulihara alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dengan memperbanyak kempen cinta akan alam sekitar. Kempen itu yang diadakan disertakan dengan pelbagai aktiviti. Perpustakaan awam dan perpustakaan bergerak penting kerana membekali mereka dengan pelbagai jenis bahan bacaan terhadap alam sekitar. Syarikat penerbitan buku dan agensi kerajaan wajar mengadakan pameran bagi mempamerkan buku-buku dan bahan bacaan terbitan terbaru yang terhadap alam sekitar.

Kesimpulannya, kaedah bagi mengatasi isu alam sekitar ialah pengursan yang cekap termasuk dari segi perancangan, penguatkuasaan, dan usaha jangka panjang.

No comments:

Post a Comment