Friday, September 25, 2009

Semangat Perpaduan

Negara kita ialah sebuah negara membangun yang terdiri daripada pelbagai kaum. Semangat perpaduan yang amat penting mewujud negara yang keharmonian dan keamanan. Semangat perpaduan juga penting untuk mempercepat usaha kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020.
"Bapa borek, anak rintik",ibu bapa berperanan menjadi suri teladan kepada anak-anak.Amalan oleh ibu bapa akan diikut jejak oleh anak-anak, seperti yang dikatakan dalam pepatah "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".Ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan remaja lebih-lebih lagi sejak kecil lagi kerana "melentur buluh daripada biarlah dari rebungnya.
Selain itu, ibu bapa harus menjelaskan kepada anak-anak tentang senario masyarakat majmuk di Malaysia. mereka perlu menenangkan rakyat Malaysia dapat menerima baik kepelbagaian budaya dan kepercayaan masyarakat majmuk Malaysia. Mereka bukan sahaja menerima baik sambutan perayaan pelbagai kaum, malah dapat bertoleransi dan saling menghormati budaya pelbagai kaum. Ibu bapa juga harus mengajak anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga untuk bersama-sama menyambut perayaan kaum dan agama.
Ibu bapa memberi dorongan kepada anak-anak untuk melibat diri secara aktif dalam aktiviti yang berbentuk perpaduan dan aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum. Contohnya program PLKM dan RIMUP di sekolah.Penyertaan mereka turut membantu dan menyokong usaha kerajaan yangb ingin menyeremakkan semangat dalam kalangan generasi muda.
Di samping itu, ibu bapa harus saling bercerita tentang susar galur sejarah Malaysia kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian, anak-anak dapat memahami negara kita ialah sebuah membangun yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kepentingan semangat perpaduan dapat membuktikan keamanan dan keharmonian antara kaum. Ekoran daripada itu , salah satu wahanayang berkesan untuk menyemai semangat perpaduan ialah melalui media massa seperti filem dan drama yang bertema perpaduan antarn kaum. Melalui media massa, kepentingan semangat perpaduan dapat dihebahkan.
Kesimpulannya, peranan ibu bapa sangat penting dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak.

2 comments:

  1. Hello Wan Ling,

    Tahniah kerana telah berjaya mengepos karangan pertama anda dalam blog. Teruskan penulisan ini sebagai latihan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti. Selamat menulis.

    ReplyDelete
  2. Hello Wan Ling,

    Pemerengganan karangan anda ini tidak kemas. 5 perenggan sahaja bermaksud hanya ada 3 isi.
    Perenggan isi pertama anda terlalu panjang lebar tanpa menghuraikan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak. Anda hanya nyatakan apa yang perlu dibuat tanpa menghuraikan bagaimana hendak melakukannya.
    Di samping itu, ketiga-tiga isi karangan anda juga tidak dikembangkan dan bercampur aduk huraiannya. Nampak sangat anda menulis tanpa perancangan atau membuat rangka karangan.

    ReplyDelete