Saturday, September 26, 2009

Langkah-langkah Mengalakkan Remaja Membaca

Dalam meneroka zaman teknologi maklumat ini, kemajuan dan kepesatan pembangunan telah menjadikan manusia cenderung kepada materialistik. Justeru, ramai orang telah mengabaikan kepentingan amalan membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Salah satu punca yang sering dikaitan dengan sebab masalah ini ialah sikap ibu bapa. Pada zaman atom ini, ibu bapa berlumba-lumba untuk berhempas pulas diluar demi mencari rezeki menampung kehidupan keluarga.Ibu bapa sebagai suri teladan kepada anak-anak dan sikap ibu bapa akan diikut jejak oleh anaknya, seperti yang dikatakan dalam pepatah"bapa borek, anak rintik". Oleh itu, ibu bapa hendak menjadi contoh yang baik kepada anaknya tingkah lakunya akan menjejas anaknya. Selain itu, ibu bapa harus memupuk minat baca anaknya, lebih-lebih lagi sejak kecil lagi kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Di samping itu, pihak sekolah juga harus menggalakkan dan menyemai kepentingan membaca dalam kalangan remaja. Pihak sekolah hendak mengadakan aktiviti dan kempen membaca.Kempen membaca yang diadakan disertakan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang berkaitan dengan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap dan minat mereka secara berterusan. Aktiviti ini dapat membantu remaja mendapat banyak ilmu pengetahuan dan mencerdas minda mereka. Melalui membaca otak kita akan lebih cerdas dan aktif tentang mengambil tindakan.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan juga perlu mengambil langkah yang proaktif untuk menggalakkan remaja membaca. Kerajaan hendak membekalkan pelbagai buku yang sihat kepada sekolah supaya memupuk dan menarik perhatian remaja untuk baca. Lantaran itu, pihak kerajaan boleh mengadakan pameran buku di kawasan yang ramai orang seperti pusat beli-belah.

Ini bukan sahaja, salah satu wahana yang berkesan untuk memupuk minat membaca ialah melalui media massa. Melalui media massa seperti radio, televisyen, surat khabar dan internet, kepentingan membaca dapat dihebahkan. Misalnya, melalui surat khabar, syarikat penerbitan boleh mempromosikan bahan bacaan yang baru diterbitkan.Manakala melalui televisyen dan radio, orang awam berkesempatan untuk mengetahui buku-buku yang baru diterbitkan serta isi kandungannya. Oramg ramai juga boleh melayari internet untuk mencari bahan bacaan terbitan terbaru.

Kesimpulannya, sikap baca sangat penting kepada untuk mewujudkan Wawasan 2020. Justeru, semua pihak haruslah bermuafakat untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

2 comments:

  1. hello Wan Ling,

    pada bahagian pendahuluan, anda perlu fokus huraian kepada kepentingan amalan membaca seperti dapat bersaing dalam era globalisasi, peribahasa yang boleh digunakan "membaca jambatan ilmu"

    Isi 1 - anda tulis punca dan langkah, anda patut fokus kepada langkah ibu bapa menggalakkan anak-anak membaca seperti membeli buku yang bermanfaat, menyediakan perpustakaan mini di rumah, membaca bersama-sama anak, membawa anak-anak ke pameran buku atau selalu ke kedai buku.

    Isi 2 - banyak masalah bahasa pada perenggan ini. Perlu baiki

    Isi 3- buku yang sihat (kosa kata yang tidak tepat, buku yang berfaedah, bermanfaat) setiap tahun ada pameran Pesta Buku Antarabangsa

    Isi 4- huraian memuaskan, tidak banyak masalah

    penutup: sikap membaca ( kosa kata tidak tepat) - amalan membaca. Masih perlu dibaiki lagi bahagian penutup agar lebih padat dan merumus keseluruhan karangan anda.

    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  2. Langkah pihak kerajaan dalam menggalakkan amalan membaca seperti berikut:

    menurunkan harga buku supaya mampu dibeli oleh golongan yang kurang berkemampuan
    memberikan diskaun, potongan harga, alih bahasa hasil karya dan terbitan baharu dengan kadar segera supaya rakyat yang tidak fasih Bahasa Melayu dapat membaca bahan tersebut
    Banyakkan buku, menggalakkan penulisan buku yang berkualiti dan lain-lain

    ReplyDelete